RIO DE JANEIRO : Legenda Brazil, Pele memuji Marta dengan menyifatkannya ‘lebih daripada pemain bola’ selepas menjaringkan gol di pentas Sukan Olimpik.
Pemain berusia 35 tahun itu meledak dua jaringan ketika membelasah China 5-0 dalam acara bola sepak wanita.
“Harap ia akan menjadi inspirasi kepadanya.
“Pencapaian ini lebih daripada rekod peribadi. Momen ini menjadi inspirasi kepada jutaan atlet daripada seluruh acara sukan dan seluruh dunia yang berjuang untuk pengiktirafan
“Tahniah, awak lebih daripada seorang pemain bola sepak. Awak membina dunia dengan bakat awak dan memberikan wanita lebih banyak ruang,” katanya di laman Instagram.
Pele memakai jersi No.10 sama seperti Marta dan dia pernah memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada 1958, 1962 dan 1970.-AFP