Peguam Negara jangan ketepi undang-undang - Utusan Malaysia

Peguam Negara jangan ketepi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas UMNO mengumumkan tarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), pemimpin utamanya berkata, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sepatutnya mempertahankan keluhuran undang-undang berbanding mempertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka perdana menteri telah hilang sokongan asas parti tersebut dan seterusnya hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik PN daripada mempertahankan keluhuran undang-undang,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada Februari tahun lalu, Muhyiddin dilantik menjadi perdana menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh kerana PH kehilangan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kami mengingatkan Peguam Negara bahawa Muhyiddin telah dilantik sebagai perdana menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong beliau, termasuk Presiden UMNO, yang telah dipersembah Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020,” jelasnya.

Kenyataan media itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan itu, kesemua pemimpin itu terus mendesak supaya Muhyiddin melepaskan jawatan perdana menteri kerana beliau telah kehilangan keabsahan membentuk kerajaan.

“Muhyiddin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana telah hilang sokongan dan keabsahan sebagai perdana menteri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya