Pegawai positif Covid, Balai Polis Kuala Sungai Baru ditutup

Pegawai positif Covid, Balai Polis Kuala Sungai Baru ditutup

BALAI Polis Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka, ditutup untuk kerja-kerja desinfeksi sehingga 26 Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Balai Polis Kuala Sungai Baru di sini ditutup serta-merta bermula hari ini selepas beberapa pegawai di balai tersebut dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, balai itu ditutup sehingga 26 Julai ini bagi membolehkan kerja-kerja desinfeksi dilakukan.

“Ekoran beberapa pegawai di Balai Polis Kuala Sungai Baru telah dijangkiti Covid-19, kita telah menutup balai berkenaan pada pukul 2 petang tadi sehingga 26 Julai depan.

“Segala urusan termasuk permohonan pengeluaran permit rentas daerah dan negeri boleh dilakukan di Balai Polis Lubuk China Dan Balai Polis Masjid Tanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagaimanapun perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran balai tersebut seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa.

“Rondaan akan dilakukan oleh pasukan kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal (URB).

“Masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Kuala Sungai Baru boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 24 jam 06-5564153 atau 06-5566573 jika memerlukan bantuan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya