Seorang lelaki patah buku lali terjatuh semasa ubah suai rumah

Patah buku lali terjatuh semasa ubah suai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki terjatuh dari siling sebuah rumah ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di Kampung Baru Buntong, di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Zulkarnain Ahmad Nazeri, 40, bagaimanapun bernasib baik apabila hanya patah pada buku lali kaki kiri.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd. Fauzi Abd. Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian runtuhan struktur rumah dalam pembinaan itu pada pukul 11.31 pagi.

Katanya, ketika kejadian, mangsa berada di bahagian siling rumah sebelum ia runtuh secara tiba-tiba.

“Mangsa yang terjatuh mengalami kecederaan di kaki kiri dan dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh rakannya.

“Anggota segera memberi rawatan perubatan awal kepada mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, tiada individu lain cedera dalam kejadian itu dan operasi tamat pada pukul 11.50 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya