PETALING JAYA: Pas menegaskan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengemudi pimpinan negara.
Demikian kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kemelut politik yang melanda negara.
Jelas beliau, Pas bersama kesemua 18 ahli Parlimen daripada parti itu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Perdana Menteri dalam usaha meredakan kemelut politik negara.
“Pas melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik negara, khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang melanda negara,” katanya.
Beliau kemudiannya menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan menangani Covid-19, terutamanya dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan.