"Orang sedekah kita ambil, jangan sombong" - Abu May - Utusan Malaysia

“Orang sedekah kita ambil, jangan sombong” – Abu May

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebagai menambah pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, pemain gitar kumpulan May, Abu, merancang untuk menjual baju bercetak pada masa terdekat ini.

Abu atau nama sebenarnya Mohd Nassier Yusof berkata, inisiatif untuk mencuba perniagaan baju bercetak berkenaan timbul setelah menerima sambutan daripada peminat menerusi media sosial Facebooknya.

Di samping itu, inisiatif tersebut adalah cadangan daripada rakan baiknya sendiri yang sebelum ini menghadiahkan dua helai baju cetakan kepadanya.

“Rakan saya yang cadangkan untuk mencuba menjual baju bercetak ini. Saya sahaja berkongsi di Facebook baju bercetak gambar saya tersebut, ramai pula yang menyokong dan berminat untuk saya menjual.

“Kita pun sekarang dah tak boleh nak buat apa, cubalah cari rezeki lain. Tetapi, buat masa ini saya perlu ambil masa sedikit untuk memulakannya. Kepada peminat, diharapkan bersabar. Saya sedang cuba dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Abu, walaupun belum bermula tetapi telah menerima sokongan di Facebook, namun dia turut berasa bimbang kerana sebelum ini tiada pengalaman berniaga pakaian.

Tambah Abu, pendapatannya kini terjejas penuh sepanjang pelaksanaan PKP kerana tidak dapat berniaga seperti biasa.

“Pendapatan saya terjejas penuh kerana tidak dapat berniaga. Sebelum PKP, saya berniaga barangan antik dan terpakai di Memory Lane, Ipoh, Perak. Tetapi buat masa ini kawasan berkenaan masih tidak boleh menjalankan perniagaan.

“Apa kerja yang ada, saya buat untuk menampung perbelanjaan keluarga. Orang sedekah, kita ambil. Jangan sombong pula. Saya tidak ada nak buat sesuatu untuk kaya, jika rasa bahagia dah cukup.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi barang keperluan asas serta rakan-rakan membantu saya. Malah, peminat juga ada membantu kerana mereka pun mengetahui keadaan saya kini,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya