NGO Kita Anak Malaysia anjur kelas tuisyen online SPM percuma

NGO Kita Anak Malaysia anjur kelas tuisyen online SPM percuma

Ada ibu bapa mengadu anak diterima masuk ke IPT walaupun tidak pernah membuat permohonan. GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar Tingkatan Lima yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mengikuti kelas tuisyen Virtual Kejayaan Ace SPM secara percuma anjuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kita Anak Malaysia (KAM) dengan kerjasama Yayasan MyProdigy Malaysia.

MOURHRNA ANETHA REDDY

Pengarah programnya, Mourhrna Anetha Reddy berkata, kelas itu dianjurkan atas permintaan yang tinggi oleh ibu bapa dengan objektif utama adalah untuk membantu calon-calon SPM meneruskan sesi pembelajaran supaya tidak jauh ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka ekoran penularan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

“Kita harus faham akan cabaran-cabaran dihadapi oleh para pelajar ini. Inisiatif ‘added value’ yang diadakan ini bukan sahaja membantu pelajar-pelajar membuat persediaan bahkan turut membimbing mereka dengan menyediakan soalan-soalan latihan pada setiap sesi pembelajaran.

“Kami berharap lebih ramai lagi pelajar dapat turut sama menyertai program Kelas Ace SPM ini yang telahpun bermula sejak 4 Julai lalu dan akan diadakan setiap minggu bermula pada Jumaat sehingga Ahad,” katanya.

Ini merupakan tahun kedua NGO KAM menganjurkan program seumpama ini selepas mencatatkan kehadiran hampir 500 pelajar dari seluruh Malaysia menerusi program ini.

JAZIRI ALKAF A. SUFFIAN

Kelas tuisyen SPM ini telah mendapat kerjasama erat daripada Yayasan Myprodigy Malaysia yang diterajui oleh pengeruinya, Senator Jaziri Alkaf A. Suffian yang giat mempromosikan perkembangan pendidikan dikalangan remaja negara kita menerusi Program ‘The Senator Listens’ dan RISE Malaysia.

Jaziri menaruh harapan bahawa MyProdigy dapat memperkasakan generasi anak muda dengan memperkukuhkan intelektual negara.

“Kita seharusnya memberikan sokongan padu terhadap inisiatif sebegini supaya anak muda negara terus mara ke hadapan walaupun dibelenggu krisis Covid-19,” katanya.

Kepada pelajar-pelajar SPM yang berminat untuk menyertai kelas tuisyen ini, layari laman web di www.kitaanakmalaysia.org untuk keterangan lanjut dan pendaftaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN