Nelayan warga Thailand jatuh bot ditemukan lemas

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas

ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak, hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang tekong bot nelayan warga Thailand yang terjatuh dari bot ke dalam Sungai Hutan Melintang berhampiran pelantar ikan Yong Tat di sini kelmarin, ditemukan lemas hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Sarawat, 48, ditemukan pasukan bomba pada pukul  11.18 pagi kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang (BBP), Zulkafle Abdullah berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada pukul 7 petang sebelum pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 9.50 malam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa segera dijalankan di lokasi dia terjatuh iaitu kira-kira 50 meter dari pelantar ikan.

“Anggota bomba berjaya menjumpai mayat lelaki itu dalam keadaan terapung di celah pokok kira-kira lapan kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

“Mayat mangsa dibawa ke jeti awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi itu disertai tujuh anggota dari BBP Hutan Melintang, lima anggota dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan dan tiga anggota dari Unit Anjing Pengesan (K9) bersama dua ekor anjing.

“Operasi yang juga dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan itu ditamatkan pada pukul 1.35 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya