'Nak balik Perak, buat ujian saringan dulu' - Utusan Malaysia

‘Nak balik Perak, buat ujian saringan dulu’

PELAJAR yang mengalami tanda atau gejala jangkitan Covid-19 pula diminta segera mendapatkan rawatan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) dari luar Perak yang pulang bercuti ke negeri ini mulai minggu ini diminta membuat ujian saringan Covid-19 secara percuma di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

Pada masa sama, pelajar terbabit juga dinasihatkan melakukan pengasingan kendiri di rumah iaitu 14 hari bagi mereka yang pulang dari kawasan Lembah Klang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan dan Melaka, manakala 10 hari dari negeri lain.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, berkata, pelajar yang mengalami tanda atau gejala jangkitan Covid-19 pula diminta segera mendapatkan rawatan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan.

“Saya memahami keinginan anak-anak Perak untuk pulang bertemu dengan keluarga, namun langkah-langkah pencegahan ini mesti kita lakukan demi mengelakkan sebarang risiko jangkitan yang bukan sahaja boleh mengancam kesihatan diri sendiri, malah ahli-ahli keluarga yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Saarani, kerajaan Perak membuat keputusan itu sebagai mengambil maklum mengenai keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing sempena cuti semester 2020/2021 mulai minggu ini.

“Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline Covid-19 di talian 05- 2410252/0107 atau mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi memohon supaya mesej ini dapat disampaikan kepada ibu bapa serta anak-anak Perak yang sudah atau akan pulang bercuti mulai minggu ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya