MySejahtera catat 27.7 juta pengguna aktif - Utusan Malaysia

MySejahtera catat 27.7 juta pengguna aktif

ADHAM Baba menunjukkan aplikasi MySejahtera. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan aplikasi MySejahtera berjaya mencapai 27.7 juta pengguna aktif yang berdaftar manakala 2.44 juta premis perniagaan berdaftar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, aplikasi itu merekodkan 6.7 bilion jumlah kumulatif daftar masuk (check in) ke premis berdaftar menggunakan imbasan kod QR dengan purata 19.3 juta check-in sehari.

“Aplikasi MySejahtera juga digunakan untuk mengesan kes-kes positif Covid-19 melalui penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna dan pengesanan kontak rapat melalui semakan data oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan pangkalan data MySejahtera,” katanya pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Kata beliau, MySejahtera dan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) adalah inisiatif pendigitalan dalam pengurusan Covid-19 negara dengan kedua-dua inisiatif ini membantu pihaknya mendapatkan maklumat awal Covid-19 untuk menentukan tindakan yang akan diambil.

“Aplikasi MySejahtera berfungsi mulai 20 April 2020 untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri,” katanya.

Menurut Dr. Adham, fungsi MySejahtera kini terus diperluaskan dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagai sijil vaksin digital vaksin.

“Sijil ini boleh diakses melalui paparan pada ikon ‘Profile’ di aplikasi MySejahtera milik individu yang terlibat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya