Murray tarik diri acara perseorangan - Utusan Malaysia

Murray tarik diri acara perseorangan

ANDY Murray akan hanya memberi tumpuan dalam acara beregu lelaki selepas dia menarik diri daripada acara perseorangan kerana masalah otot.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Juara dua kali Olimpik, Andy Murray menarik diri dari acara perseorangan tenis selepas disahkan mengalami kecederaan otot kata Team Great Britain dalam satu kenyataan,

Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu akan kekal di Tokyo bergandingan bersama Joe Salisbury untuk beraksi dalam acara beregu lelaki.

Mereka sebelum ini menang dalam aksi pembukaan.

“Memang saya kecewa kerana terpaksa menarik diri selepas kakitangan kesihatan menasihatkan saya untuk melupakan satu acara.

“Ini adalah keputusan paling sukar pernah dibuat, melupakan acara perseorangan dan fokus kepada bermain dalam acara beregu bersama Joe,” kata Murray dalam satu kenyataan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya