TOKYO : Harapan kontinjen Malaysia untuk meraih pingat menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita tidak kesampaian selepas gandingan penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sekadar menduduki tangga kelapan.
Pasangan negara bermula baik pada dua terjunan awal namun gagal mempamerkan konsistensi dalam baki tiga terjunan seterusnya apabila sekadar meraih 277.98 mata.
Penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi menetapi ramalan apabila mudah merangkul pingat emas apabila mempamerkan terjunan cemerlang dalam kelima-lima terjunan dengan mengumpul 363.78 mata.
Dalam pada itu, Jessica Parratto dan Delaney Schnell dari Amerika Syarikat meraih perak dengan kutipan mata 310.80 manakala gangsa menjadi milik gandingan Mexico Gabriela Agundez-Alejandra Orozco (299.70). – AGENSI