Muhyiddin solat sunat Aidiladha di Masjid Negara - Utusan Malaysia

Muhyiddin solat sunat Aidiladha di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga kota di Masjid Negara hari ini.

Memetik laporan Bernama, ketibaan Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman pada pukul 8.16 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad serta Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Sejurus ketibaan Perdana Menteri yang berjubah putih dan bersongkok hitam itu, beliau kemudian menyertai takbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha dan diimamkan oleh Ehsan yang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Beliau kemudian bersama para jemaah mendengar khutbah Aidiladha bertajuk bertajuk ‘Cabaran dan Pengorbanan’ yang dibacakan oleh Ehsan.

Dalam pada itu, Ehsan ketika membacakan khutbah menyeru semua pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menghentikan percakaran sesama diri di samping menumpukan sepenuh usaha serta tindakan dalam mengekang penularan Covid-19.

Menurut beliau, mereka harus bersimpati terhadap rakyat dan jangan bersikap tamak kerana ia menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

“Hentikanlah percakaran yang sia-sia. Bagaimanakah Allah SWT mahu memperkenankan doa kita dan menurunkan rahmatnya selagi mana kita masih lagi bergelumang dengan dosa, kemaksiatan dan perpecahan?,” katanya.

Justeru Ehsan menjelaskan meskipun Hari Raya Aidiladha disambut dalam suasana pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang semua umat Islam untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran di samping memuji kebesaran Allah.

“Khutbah juga mengesa umat Islam untuk menjaga diri dan kesihatan memandangkan perayaan Aidiladha disambut dalam suasana yang mencabar dan kawalan pergerakan yang masih lagi diteruskan berikutan bilangan kes harian yang masih lagi tinggi dan tidak menentu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya