Mudah buat Aaron-Wooi Yik - Utusan Malaysia

Mudah buat Aaron-Wooi Yik

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah mencipta kemenangan pada perlawanan pertama Kumpulan D selepas mudah menewaskan Choi Solgyu-Song Seung Jae.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pasangan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah mencipta kemenagan pada perlawanan pertama Kumpulan D menentang pasangan Korea Selatan.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan negara terpaksa bekerja keras pada set pertama sebelum mencatat kemenangan 24-22 sebelum menang 21-15 pada set kedua ke atas Choi Solgyu-Song Seung Jae.

Permainan agresif pada set kedua jelas membantu Aaron-Wooi Yik untuk selesa menguasai permainan membuatkan lawan mereka gagal menyaingi mereka.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia dalam keadaan selesa untuk berdepan aksi kedua menentang pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Ahmad Ahsan-Hendra Setiawan, esok bagi mencerahkan laluan ke suku akhir.

Satu lagi pasangan Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan beraksi sebentar lagi menetang Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Rekod pertemuan kedua-dua pasangan ini tidak begitu cemerlang apabila Peng Soon-Liu Ying hanya meraih satu kemenangan daripada lima pertemuan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya