Mohd. Radzi nafi minta persidangan Parlimen hibrid dipertimbang semula

Mohd. Radzi nafi keluarkan kenyataan minta persidangan Parlimen hibrid dipertimbangkan semula

DR. MOHD. RADZI MD. JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin menafikan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa beliau meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk mempertimbangkan semula persidangan Parlimen secara hibrid.

Mohd. Radzi berkata, dakwaan yang disiarkan menerusi sebuah akaun Twitter itu jelas satu trend penyebaran fitnah atas alasan sekadar lawak atau parodi yang semakin berleluasa.

“Jelas ini adalah akaun satira atau parodi yang akhirnya timbulkan fitnah. Trend penyebaran fitnah atas alasannya konon ianya sekadar lawak atau parodi semakin berleluasa.

“Saya tidak pernah keluarkan kenyataan ini,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Dalam satu akaun Twitter menggunakan nama BorneoGhost Online, memetik kenyataan Mohd. Radzi yang kononnya meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan semula persidangan Parlimen hibrid kerana tidak semua ahli Parlimen mempunyai peralatan cukup dan jaringan internet yang baik di rumah.

Justeru, Mohd. Radzi didakwa meminta Kementerian Kewangan memberikan sejumlah peruntukan dana kepada ahli Parlimen untuk pembelian komputer riba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya