MKN putuskan tamat PKPD 34 mukim di Selangor - Utusan Malaysia

MKN putuskan tamat PKPD 34 mukim di Selangor

PETUGAS barisan hadapan yang keletihan selepas menguruskan penduduk Pangsapuri Asrama Seri Ayu, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan 34 mukim di Selangor ditamatkan secara serentak mengikut jadual tengah malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

“MKN meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa dan bersetuju tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

PKPD tersebut mula berkuat kuasa pada 3 Julai lalu untuk tempoh selama 14 hari susulan penilaian risiko yang mendapati berlaku trend jangkitan tinggi di sebahagian besar Selangor.

Ia dilaksanakan bersekali dengan Kuala Lumpur yang membabitkan 15 lokaliti, namun sebahagian besar daripadanya sudah pun ditamatkan secara berperingkat.

Di Selangor, hanya Daerah Sabak Bernam yang tidak dilaksanakan perintah berkenaan manakala lapan daerah lagi menyaksikan hampir keseluruhan mukim dikenakan PKPD.

Antaranya Damansara, Sungai Buloh dan Bukit Raja di Daerah Petaling; Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang di Daerah Hulu Langat; Dengkil dan Labu di Daerah Sepang.

Selain itu di Rawang, Hulu Kelang dan Kuang di Daerah Gombak; Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Tanjung 12 (1) dan (2) di Daerah Kuala Langat; Kapar di Daerah Klang.

PKPD turut meliputi Mukim Ijok, Bestari Jaya dan Jeram di Daerah Kuala Selangor serta Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali di Daerah Hulu Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya