Misi bantuan bekalan air bersih digerakkan ke Rompin  - Utusan Malaysia

Misi bantuan bekalan air bersih digerakkan ke Rompin 

LORI tangki agihan air bersih yang digerakkan SPAN ke Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama beberapa syarikat operator air menggerakkan misi bantuan bekalan air bersih ke Rompin, Pahang sejak beberapa hari lalu.

SPAN menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, bantuan bekalan air bersih itu diagihkan susulan insiden kolam tadahan kilang sawit yang pecah hingga menyebabkan pencemaran Sungai Keratong sejak 7 Julai lalu.

Menurutnya, sejumlah lori tangki agihan digerakkan sejak beberapa hari lalu bagi membantu agihan air masing-masing dari Pengurusan Air Pahang (PAIP), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Melihat kepada keperluan semasa, SPAN telah menggerakkan misi bantuan bekalan air membabitkan lima lagi syarikat operator air.

“Ia masing-masing dari Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (RSAJ), Air Selangor, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS),” katanya.

Katanya, bantuan itu membabitkan tujuh lagi lori tangki agihan air kepada jumlah sedia ada setakat ini.

SPAN juga memaklumkan bahawa bantuan lori agihan air dari rakan operator akan diteruskan sehingga bekalan berjaya dipulihkan dan dijangka akan mengambil masa beberapa hari lagi.

Pencemaran air Sungai Keratong berlaku susulan  runtuhan kolam rawatan sisa kelapa sawit dari sebuah kilang di Ulu Keratong yang menyebabkan sisanya mengalir ke sungai.

Difahamkan, pencemaran itu turut menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun PAIP menghadapi gangguan bekalan air. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya