'Mimpi' Tengku Zafrul bertanding Lembah Pantai terbawa-bawa dalam Parlimen - Utusan Malaysia

‘Mimpi’ Tengku Zafrul bertanding Lembah Pantai terbawa-bawa dalam Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tersasul menyebut Lembah Pantai ketika penggulungan Sidang Khas Parlimen hari ini mengundang pelbagai persoalan di dalam Dewan Rakyat.

Beliau sepatutnya menyebut Lembah Klang bagi merujuk terhadap peningkatan penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit Covid-19.

Perbuatan tidak sengaja itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen pembangkang tidak melepaskan peluang untuk mengatakan Tengku Zafrul kini sedang mengintai peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) kemudian bangun mengatakan Menteri Kewangan itu telah bermimpi untuk kerusi Parlimen berkenaan.

“Nampaknya YB telah bermimpi untuk bertanding di Lembah Pantai,” katanya.

Tengku Zafrul kemudian meminta maaf kerana tersasul menyebut Lembah Pantai sedangkan beliau ingin menyebut Lembah Klang.

“Minta maaf Lembah Pantai,” katanya ketika untuk membalas jawapan Fahmi.

Tengku Zafrul dikatakan bakal menjadi calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya akan datang, namun belum pasti sama ada Senator itu bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) atau UMNO.

Sebaliknya, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Tengku Zafrul berpeluang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai sekiranya bertanding sebagai calon UMNO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya