Mia Ahmad akui silap sendiri anak lambat bercakap - Utusan Malaysia

Mia Ahmad akui silap sendiri anak lambat bercakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mia Ahmad mengakui silap dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu apabila anaknya mempunyai masalah dalam komunikasi dan bersosial.

Menurut Mia di Instagramnya, permasalahan itu terjadi kerana Issa, 3, kerap didedahkan dengan penggunaan gajet ketika masih bayi lagi.

“Saya bercakap melalui pengalaman yang mungkin ramai tak tahu. Saya mengakui silap dan ketika itu cuma fikirkan diri sendiri sahaja.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya, Issa sudah menunjukkan kemajuan yang sangat baik, mula bercakap dan berinteraksi. Doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya?” ujarnya.

Pelakon Hati Perempuan itu juga mengalu-alukan perkongsian daripada ibu bapa yang senasib dengannya.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut berpesan kepada ibu bapa di luar sana agar mengurangkan penggunaan gajet lebih-lebih lagi dalam norma baharu ini.

“Saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik ini dan mengambil jalan pintas bagi anak-anak menggunakan gajet.

“Tolong pantau apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap skrin. Bila bagi pastikan sama-sama tengok,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, Iris, 1 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya