Mengapa Najib fitnah menteri UMNO, soal Wan Saiful - Utusan Malaysia

Mengapa Najib fitnah menteri UMNO, soal Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Yang mengurus vaksinasi adalah menteri UMNO. Yang mengurus SOP adalah menteri UMNO. Yang mengurus hospital dan pasukan kesihatan adalah menteri UMNO. Mereka semua berkhidmat sehabis baik demi negara.”

Demikian dibangkitkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya memfitnah menteri-menteri partinya yang dikatakan sengaja buat silap untuk memanjangkan pandemik Covid-19.

Menurut Wan Saiful, Ahli Parlimen Pekan itu dilihat cuba mengalih pandangan rakyat untuk membolehkan beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seolah-lah kerajaan hari ini mempunyai dua pasukan berbeza.

“Padahal sebenarnya seluruh jentera kerajaan termasuk menteri-menteri UMNO sepakat bertungkus-lumus membenteras Covid-19 supaya kita semua menang bersama.

“Kalau pun Najib stres sebab takut Sungai Buloh, janganlah sampai terlupa bahawa pasukan pengurus bencana Covid-19 kita, ketua-ketuanya ramai daripada UMNO yang sentiasa jalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang mendakwa kesilapan dalam mengendalikan pandemik Covid-19 oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah disengajakan bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijalankan.

Najib membuat dakwaan itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini yang menjelaskan mengapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Wan Saiful menambah, tembelang Najib dan Ahmad Zahid sudah pecah apabila butiran mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO terbongkar yang mengatakan parti akan rugi sekiranya kes Covid-19 akan menurun kerana mereka tidak mendapat kredit, sebaliknya akan menerimanya adalah Perdana Menteri.

“Bila rahsia pecah, nampaknya Najib sekali lagi cuba alih pandangan supaya orang tak nampak strategi sebenar dia. Begitu rendah integriti dan moral manusia sebegini. 

“Dalam waktu kita seharusnya menunjukkan simpati serta memberi tumpuan kepada membantu dan menjaga rakyat, dia anggap isu hidup mati rakyat sebagai modal politik mencari manfaat politik peribadi dia sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya