TOKYO: Penganjur Olimpik Tokyo 2020 terpaksa menaangguhkan acara mendayung, esok kerana amaran bahaya telah dikeluarkan mengenai ribut tropika
Ribut bernama Nepartak dijangka menghentam ibu kota itu dengan membawa angin kuat serta hujan lebat.
“Jangkaan kaji cuaca, Tokyo 2020 akan menerima angin kuat dan dijangka bertambah buruk pada Selasa ini.
“Angin kuat menyebabkan acara itu tidak dapat diteruskan,” kata penganjur dalam satu kenyataan.
Acara final mendayung dijangka berlangsung esok, termasuk acara wanita dan lelaki yang akan ditunda kepada hari Rabu.-AFP