PETALING JAYA : Kuala Lumpur City (KL City) terpaksa berputih mata untuk meraih tiga mata penuh Melaka United bangkit menyamakan kedudukan 1-1 pada minit terakhir perlawanan dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Pada aksi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol biarpun masing-masing mencipta beberapa peluang.
Bersambung babak kedua, tuan rumah akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol menerusi tandukan pemain tengahnya, Zhafri Yahya pada minit ke-53.
Ketika skuad The City Boys diambang kemenangan, pertahanan import dari Korea Selatan Jang Suk-Won memastikan Melaka United tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan.