Medvedev cadang tenis dimain sebelah petang - Utusan Malaysia

Medvedev cadang tenis dimain sebelah petang

Daniil Medvedev mendesak pihak penganjur untuk mengubah jadual pertandingan tenis bagi mengelakkan beraksi dalam cuaca terlalu panas pada tengah hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Daniil Medvedev mencadangkan penganjur menangguhkan  permulaan acara tenis ke sebelah petang kerana pemain dilihat bergelut dengan cuaca panas di Tokyo pada tengah hari.

Pemain No.2 dunia itu menewaskan Alexander Bublik 6-4, 7-6 (10/8) dari Kazakhstan pada pusingan pertama tetapi mengakui ia merupakan antara permainan terburuknya.

“Saya rasa mereka boleh buat seperti Mexico, perlawanan dilangsungkan pada pukul 6 petang apabila cuaca makin elok

“Kami tahu di sini bermula awal dan kami tiada masa untuk pusingan pemanas badan dan saya tidak rasa mereka akan ubah pada pertengahan penganjuran tetapi ia boleh dilakukan.

“Saya tinggal di Cannes, dan suhunya sangat panas pada musim panas dan saya tidak akan tipu mengenainya. Ini adalah Olimpik, kami datang untuk menang pingat dan kami tiada masa untuk menangis tentang suhu, tetapi ia sangat sukar,” katanya yang beraksi dalam suhu sekitar 32 darjah celcius.

Dalam perkembangan sama, pemanah Rusia Svetlana Gomboeva pitam akibat terlalu panas dan terpaksa diusung keluar dari arena semalam oleh pegawai perubatan.

Gomboeva, 23, tumbang ketika memeriksa kutipan mata terakhirnya dan terpaksa dibantu rakan sepasukan yang meletakkan beg ais di kepalanya.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya