MBSA sedia 294 tong RORO percuma untuk Aidiladha   - Utusan Malaysia

MBSA sedia 294 tong RORO percuma untuk Aidiladha  

CONTOH tong RORO yang akan ditempatkan di sekitar bandaraya Shah Alam sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sempena  sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Majlis Bandaraya   Shah Alam   (MBSA)  menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah  pukal.

Antara barangan yang boleh dibuang ke dalam tong berkenaan adalah almari, sofa, tilam, katil,   peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri dan telefon bimbit rosak.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, sebanyak  294 buah tong RORO bersaiz tiga tan diletakkan di kawasan sekitar bandar raya ini iaitu di Seksyen 1 hingga 36 dan U1 hingga U20. 

“Perkhidmatan yang disediakan secara percuma ini bermula dari 1 Julai hingga  16 Julai ini dengan tong tersebut ditempatkan di lokasi yang sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk. 

“MBSA juga telah menetapkan bilangan penghantaran tong hanya empat unit sehari dan tempoh   penempatan tong RORO disetiap lokasi adalah selama tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya