PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak proaktif membantu penjaja tanpa leses yang semakin bertambah ekoran ramai yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19.
Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali berkata, langkah itu diambil kerana sudah menjadi tanggungjawab majis itu secara langsung untuk membantu penjaja tanpa lesen yang semakin bertambah kerana kehilangan pekerjaan dan terpaksa menjaja ditepi jalan bagi menampung dan meneruskan kelangsungan hidup.
Untuk itu katanya, MBPJ telah meluluskan satu dasar pemberian permit PKP/PKPD kepada penjaja tanpa lesen (PTL) di kawasan Petaling Jaya.
“Konsep pemberian permit PKP/PKPD dikategorikan kepada dua iaitu secara penyusunan (susun di lokasi yang telah dikhaskan) dan secara in situ (memberi permit di tempat asal).
“Jenis jualan yang dipertimbangkan permit PKP/PKPD adalah seperti makanan, minuman dan buah-buahan,” kata dalam perutusan sempena mesyuarat Majlis MBPJ hari ini.
Antara kawasan yang telah diberikan permit PKP/PKPD sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 Julai 2021 adalah seperti berikut:
1; Jalan Medan 9, Petaling Jaya Kawasan Ahli Majlis Zon 17 Puan Norah binti Mansor) 86 permit
2. Jalan Besar PJCC, Petaling Jaya Kawasan Ahli Majlis Zon 24 En. Ridzuan bin Awang @ Ahmad 27 permit
3. Kawasan Ahli Majlis Zon 24 Ridzuan bin Awang @ Ahmad 10 permit
4. Kawasan Ahli Majlis Zon 15 Puan Ermemarianna bt Saadon 6 permit
5. Kawasan Ahli Majlis Zon 9 En. Loyis Anak Uding 2 permit
6. Kawasan Ahli Majlis Zon 3 En. Tang Fuei Koh 15 permit
7. Kawasan Ahli Majlis Zon 21 Puan Rozazitah bt Ahmad 17 permit
8. Kawasan Ahli Majlis Zon 8 En. Wong Swee Sang 5 permit
Jumlah keseluruhannya kata adalah 168 permit.
Sharipah Marhaini berkata, pemberian permit ini juga akan diperluaskan lagi ke seluruh Petaling Jaya iaitu ke 24 kawasan zon Ahli Majlis.
Katanya, bagi pemberian permit PKP/PKPD yang berkonsepkan penempatan dan penyusunan, penjaja tanpa lesen (PTL) akan ditempatkan di dalam satu kawasan dan disusun mengikut
proses cabutan undi petak.
“Bagi pemberian permit secara in situ (permit di tempat asal) kepada penjaja tanpa lesen (PTL) permit diberikan di lokasi dimana penjaja tersebut tidak mendirikan struktur kekal, tidak meninggalkan barang perniagaan dan tidak membuat halangan di lokasi.
“Majlis berharap permberian permit PKP/PKPD ini dapat meringankan kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh segelintir masyarakat yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa menjaja di tepi jalan untuk menjana pendapatan,” katanya. – UTUSAN