PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe memberi bayangan kekal bersama kelab gergasi Perancis itu sehingga dia berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara.
Juara Piala Dunia itu kini memasuki tahun terakhir kontraknya dengan PSG.
PSG bimbang kehilangan pemain itu secara percuma pada musim panas akan datang selepas menandatanganinya dengan harga 130.5 juta pound (RM772.61 juta) dari Monaco.
Terdapat laporan mendakwa, Mbappe memberitahu Mauricio Pochettino mengenai keputusannya untuk tidak menyambung kontrak di Parc des Princes ketika kelab itu sedang berusaha melengkapkan perpindahan Paul Pogba.
Pemain berusia 22 tahun itu dijangka menyertai Real Madrid jika tidak bersetuju kekal bersama PSG.
“Impian paling besar saya adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara bersama PSG, pastinya ia cukup hebat.
“Memenangi satu lagi Piala Dunia mungkin agak hebat,” katanya.-AGENSI