Masuk hari ketiga, Hadi Awang tidak muncul? - Utusan Malaysia

Masuk hari ketiga, Hadi Awang tidak muncul?

MALAYSIA perlukan ahli Dewan Rakyat yang mampu menjalankan tugas dengan berkesan, bukan jumlah yang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat masuk hari ketiga membincangkan isu perihal Covid-19, namun mungkin ramai terleka akan ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli Shaari berkata, pemimpin itu tiada di dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Ya, tidak datang. Saya tidak pasti kenapa,” katanya ringkas.

Semakan Utusan Malaysia dengan salah seorang pegawai di Parlimen juga menjelaskan yang Presiden Pas itu tidak hadir ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Hadi dilihat aktif dengan kenyataan minda Presidennya menerusi laman sosial Facebook di mana beliau mengulas tindakan beberapa ahli Parlimen yang dilihat mengganggu Perdana Menteri ketika menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna.

“Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna, maka kedengaran suara ejekan riuh rendah pihak yang menandakan tahap kefahaman mereka tanpa disedari dirinya bersifat sangat jahil.

“Inilah akibat apabila politik dipisahkan daripada agama sehingga menjadikannya tidak berakhlak, tanpa menyedari sikap yang terlanjur sehingga melupakan bahawa tiada yang sempurna melainkan Allah SWT sahaja,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya