Masjid di Terengganu kembali penuh dengan jemaah - Utusan Malaysia

Masjid di Terengganu kembali penuh dengan jemaah

JEMAAH yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masjid-masjid di negeri ini kembali penuh dengan jemaah selepas aktiviti solat Jumaat dan fardu dibenarkan mengikut keluasan masjid atau surau sepanjang tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tinjauan Utusan Online di Masjid Gong Tok Nasek di sini mendapati, seramai 657 jemaah menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Jemaah turut dibantu kumpulan sukarelawan masjid bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi termasuk menjalani imbasan suhu, mendaftar kehadiran di aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka di samping menjaga penjarakan fizikal.

Seorang jemaah, Ahmad Fadzli Hanafiah bersyukur dapat kembali mengimarahkan masjid berikutan terlepas peluang berbuat demikian, minggu lalu.

“Hari ini saya datang lebih awal dan saya dapati semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard ketat yang ditetapkan,” katanya.

Terengganu membenarkan aktiviti solat Jumaat dan fardu mengikut keluasan masjid atau surau serta-merta semalam, namun kehadiran jemaah terhad kepada ahli kariah yang bermastautin dan warganegara sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya