Masjid di Pulau Pinang benarkan solat Jumaat mulai esok 

Masjid di Pulau Pinang benarkan solat Jumaat mulai esok 

MASJID di Pulau Pinang dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 150 orang di masjid negeri dan semua masjid daerah bermula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Masjid di Pulau Pinang dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 150 orang di masjid negeri dan semua masjid daerah bermula esok. 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), Mohd. Zakuan Zakaria berkata, solat Jumaat turut dibenarkan diadakan di masjid kariah dengan jumlah jemaah tidak melebihi 100 orang manakala tidak melebihi 50 orang untuk pelaksanaan di semua surau di negeri ini. 

“Bagi solat fardu pula, kebenaran diberikan bagi jumlah jemaah tidak melebihi 150 untuk masjid negeri dan daerah, manakala untuk masjid kariah jumlah jemaah mestilah tidak lebih 100 orang. 

“Untuk surau pula, pelaksanaan solat fardu dibenarkan dengan jumlah jemaah tidak lebih daripada 50 orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, pelaksanaan solat sunat Hari Raya Aidiladha juga dibenarkan dengan jumlah jemaah yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 150 jemaah bagi masjid negeri dan daerah, masjid kariah (100) dan surau (50 jemaah). 

“Bagi solat jenazah punya, jumlah bilangan jemaah tidak melebihi 30 orang manakala bagi urusan pengembumian juga seramai 30 orang dibenarkan,”katanya. 

Tambahnya, aktiviti korban dibenarkan mengikut garis panduan yang ditetapkan sebelum ini namun sebarang aktiviti sosial adalah dilarang ketika solat sunat Hari Raya Aidiladha dilaksanakan. 

Beliau menjelaskan, semua perkara itu diputuskan JHEAINPP selepas Pulau Pinang memasuki peralihan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini. 

“Sejak 25 November 2020 sehingga kini, 19 buah surau dan masjid telah ditutup akibat penularan wabak ini. 

“Perlu diingatkan kita belum bebas sepenuhnya dari wabak ini dan semua pihak perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya