Mary Hanna idam Olimpik 2024 - Utusan Malaysia

Mary Hanna idam Olimpik 2024

Atlet Australia, Mary Hanna sedang memburu pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan mengidam untuk beraksi di Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Atlet paling berusia di Olimpik Tokyo, Mary Hanna berusia 66 tahun dari Australia mahu menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris sekiranya berada dalam keadaan sihat.

Dia bertanding dalam acara dressage, acara sukan yang tidak membezakan jantina dan usia.

Dia juga berazam untuk memburu pingat di temasya Tokyo 2020, meskipun sedar dia antara atlet yang berusia.

“Saya sudah menyertai sukan ini sejak dahulu lagi dan tidak tahu apa yang saya perlu lakukan lagi terhadap diri saya.

“Sudah tentu. Hanya tiga tahun lagi. Melainkan badan saya tidak mengizinkan, saya pasti mahu ke Paris,” katanya.

Hanna mempunyai empat cucu dan lebih tua berbanding peserta termuda, atlet ping-pong Syria berusia 12 tahun Hend Zaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya