Martinez enggan jawab mengenai masa depan - Utusan Malaysia

Martinez enggan jawab mengenai masa depan

Roberto Martinez enggan memikirkan masa depannya bersama Belgium selepas tewas kepada Itali di Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Roberto Martinez enggan menjawab mengenai masa depannya sebagai jurulatih Belgium selepas pasukannya tersingkir daripada Euro 2020.

Kekalahan Belgium di Munich kepada Itali bermakna generasi emas negara berkenaan sekali lagi pulang tanpa trofi, apabila berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 sebelum tewas kepada Perancis.

Pengendalai berusia 47 tahun dari Sepanyol itu berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan dan enggan menjawab sesuatu yang emosional.

“Kami tersingkir dari Euro dan buat masa ini ia terlalu awal. Saya tidak mahu berkata apa yang menjadikan ia lebih emosional buat waktu sekarang.

“Perasaan saya sekarang adalah sedih dan kecewa kerana saya tidak merasakan anak buah saya perlu tersingkir di kejohanan ini.

“Semua pemain sudah melakukan apa saja yang termampu. Ia pertembungan antara dua pasukan yang bagus di peringkat kalah mati dan kelebihan memihak kepada mereka,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya