MAQIS tahan kayu oak putih dari Jerman - Utusan Malaysia

MAQIS tahan kayu oak putih dari Jerman

KAYU oak putih dari Jerman ditahan penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan 31,480 kilogram (kg) kayu oak putih dari Jerman di Pelabuhan Kuantan di sini, semalam.

MAQIS dalam satu kenyataannya memaklumkan, kayu oak putih yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan ditahan hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan kira-kira pukul 3.15 petang.

Menurutnya, barang dagangan yang bernilai RM96,055.21 itu ditahan untuk tindakan lanjut ekoran tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan.

“Syarikat terbabit tidak menyatakan rawatan di dalam sijil fitosanitasi sebagaimana yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan.

“Hasil pemeriksaan awal, kayu oak putih itu dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyatakan bahawa kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 15(2), akta yang sama boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya