Mancini 'steady' hadap England - Utusan Malaysia

Mancini ‘steady’ hadap England

ROBERTO MANCINI tidak berasa apa-apa meskipun pasukannya akan menentang England di pentas akhir buat pertama kali dalam kejohanan besar selepas 55 tahun, selain penonton di stadium cenderung kepada Three Lions.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Roberto Mancini menegaskan dia berasa tenang dan fokus menjelang final Euro 2020 sambil menyarankan anak-anak buahnya melaksanakan tugas seperti biasa ketika menentang England di Stadium Wembley nanti.

Skuad Azzurri muncul salah sebuah pasukan yang menakjubkan dalam saingan kali ini apabila melebarkan rekod 32 perlawanan tanpa kalah sejak September 2018.

Pengendali Itali itu mengakui tidak berasa apa-apa meskipun pasukannya akan menentang England di pentas akhir buat pertama kali dalam kejohanan besar selepas 55 tahun, selain penonton di stadium cenderung kepada Three Lions.

“Perlawanan pertama adalah sukar, namun ini adalah saingan terakhir, jadi ia berbeza.

“Saya tidak gelisah buat masa sekarang. Inilah momen terpenting bagi saya. Saya harap saya memperoleh kejayaan.

“Kami perlu bersikap tenang, kami sedar ia akan menjadi sukar, namun kami perlu fokus dalam perlawanan ini. Kami perlu menikmatinya, ini adalah perlawanan akhir.

“Untuk memenanginya, kami perlu mengharungi perlawanan selama 90 minit. Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Ciro Immobile, Andrea Belotti, Giacomo Raspadori dan pemain-pemain lain.

“Mereka memberikan 100 peratus. Kami memerlukan satu lagi usaha dan kami harap kami dapat menjuarainya dan kemudian bercuti,” kata Mancini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya