PETALING JAYA: Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie didakwa bakal mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita susulan tindakan yang dilakukan individu tersebut mengenai tahanan polis yang dipercayai membabitkan dirinya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (yang sudah dipadam), Zarina juga akan menentang secara habis-habisan berhubungan dengan isu berkenaan.
“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut.
“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang dia idamkan.
“Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggaota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib juga?” katanya.
Dalam pada itu, buat masa ini dia tidak mendedahkan identiti anggota polis berkenaan. Bagaimanapun, Zarina tidak akan berdiam diri sehingga mendapat keadilan yang sepatutnya.
Sebelum ini, tular di media sosial yang mendedahkan selebriti wanita ditahan akibat disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.