MAIS sumbang RM50,000 urus jenazah Covid-19 - Utusan Malaysia

MAIS sumbang RM50,000 urus jenazah Covid-19

AHMAD SHAHIR MAKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menyediakan bekalan peralatan pengurusan jenazah seperti beg mayat dan kelengkapan perlindungan diri (PPE).

Menurut Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar, sumbangan itu disalurkan kepada Amal Valley Organization (AVO) iaitu pertubuhan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menguruskan jenazah Covid-19 di hospital-hospital di Selangor.

Menurutnya, objektif sumbangan MAIS iTU sebagai satu sokongan kepada maslahah ummah Islam di negeri ini dalam menghadapi situasi getir penularan Covid-19 pada masa ini.

“Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah umat Islam dan perlu disegerakan setiap pengkebumiannya.

“Oleh itu, sumbangan ini dapat melancarkan lagi dan meringankan beban pengurusan hospital bagi urusan jenazah pesakit Covid-19 yang berbeza pengurusannya dengan pengurusan jenazah biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya difahamkan kos minimum menguruskan seorang jenazah mangsa Covid-19 adalah sebanyak RM940.50 termasuk penyediaan satu beg mayat, tujuh set PPE untuk digunakan petugas

Malah, pengurusannya pula tidak dilakukan seperti jenazah yang meninggal dunia berpunca daripada masalah lain, sebaliknya perlu dilakukan oleh  kakitangan terlatih dan berpengalaman.

Dalam pada itu,  Pengerusi AVO, Dr. Azfar Hussin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAIS di atas kepercayaan yang diberikan dan sumbangan berikutan peningkatan kematian akibat Covid-19 menyebabkan sumber logistik semakin berkurangan. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya