TOKYO: Perenang Kanada, Maggie MacNeil meraih pingat emas acara 100m kukak kupu-kupu menewaskan juara bertahan dari Sweden dan juga pemegang rekod dunia, Sarah Sjostrom.
MacNeil merekodkan keputusan 55.59saat mengatasi perenang China, Zhang Yufei (55.64s) untuk pingat perak manakala perenang Australia, Emma McKeon (55.72s) meraih pingat gangsa.
Sjostrom sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.
“Tiada apa yang boleh saya katakan kerana saya masih tidak percaya
“Saya tidak nampak sesiapa kerana saya berada di lorong luar dan ia memberikan kelebihan kepada saya.
“Saya boleh fokus kepada perlumbaan tanpa melihat perenang lain,” kata juara dunia yang berjaya meraih pingat emas Olimpik pertamanya.
Sjostrom yang patah siku pada awal tahun ini memberitahu, kuak kupu-kupu bukan keutamaannya di Tokyo dan memegang rekod dunia acara itu dengan catatat 55.48s di Olimpik Rio 2016.-AFP