KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nabila Huda menzahirkan rasa syukur di atas tanggungjawab baharu dalam menggalas tugas sebagai pengacara program hiburan Melodi, hari ini.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata, peranan itu dianggap sebagai penghormatan luar biasa untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi penuh kontroversi itu.
Tambah Abil, dia tidak menjanjikan apa-apa untuk tampil lebih baik berbanding pengacara lain namun dia akan berusaha berikan yang terbaik dengan cara tersendiri.
“Hari ini dalam sejarah Abil keluar dari zon selesa sepanjang kerjaya. Bermulalah perjalanan hidup dan tanggungjawab baharu. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku. Syukur Alhamdulillah!
“Ini adalah kemunculan hos solo dan harap anda semua bagi peluang untuk Anil terokai bidang ini. Abil perlukan sokongan anda semua sebab dari hari pertama Abil dalam industri ini, andalah yang senantiasa menyokong, kritik, sayang, benci, tapi anda adalah keluarga bagi Abil
“Nabila Huda! Jujur cakap, Abil masih baru. Kalau ada kekurangan maafkan saya. Tolong jangan anggap Abil akan buat yang terbaik daripada yang lain, nantikan yang tidak terngka. Abil mungkin bukan yang terbaik tetapi Abil pasti akan berikan yang terbaik,” ujarnya di Instagram.
Hasil perkongsian itu, rata-rata peminat dan pengikutnya serta rakan artis melayangkan ucapan tahniah dan dipanjatkan doa kebaikan buat Abil dalam menggalas tugas baharunya itu.