‘Maaf jika ada salah silap saya’ - Erra Fazira rindu tanah suci - Utusan Malaysia

‘Maaf jika ada salah silap saya’ – Erra Fazira rindu tanah suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira meluahkan rasa kerinduan untuk menjejakkan kakinya di tanah suci Mekah.

Jelas pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu, dia berasa kedamaian ketika berkesempatan menunaikan ibadah di bumi berakah itu.

“Rindunya hati nak berada di tanah suci merasa damainya beribadah di sana, dekatnya dengan Rasul kami. Ya Allah kau jemputlah kami lagi untuk mengerjakan haji dan umrah.

“Ya Allah ampuni segala dosa-dosa kami. Kau berilah kami taufiq dan hidayah buat kami yang lemah dan sangat memerlukan pertolongan Mu Ya Rab. Ya Allah kau angkatlah masalah dan penyakit yang melanda dunia dikala ini. Kasihanilah kami dan makbulkanlah segala doa kami Ya Rab,” tulisnya di Instagram.

Erra yang juga seorang penyanyi mengambil peluang memohon maaf kepada semua orang andai sepanjang hayatnya ada kekhilafan yang pernah terjadi.

“Teman semua, maafkan saya andai ada salah dan silap, baik tutur kata mahu pun perbuatan yang menyinggung hati. Saya dengan serendah diri mohon ampun dan maaf. Moga perjalanan kita sentiasa dalam keberkatan-Nya di dunia dan akhirat,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya