Lori ditemukan di dasar laut, operasi menyelamat mangsa diteruskan - Utusan Malaysia

Lori ditemukan di dasar laut, operasi menyelamat mangsa diteruskan

PASUKAN bomba bersama aset memasuki JEV di Chuah, Port Dickson bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut bersama lori dipandunya awal pagi tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pihak bomba telah menemukan sebuah lori di dasar laut dalam kejadian seorang lelaki pemandu lori arang batu yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembersihan sisa arang batu di Jimah Energy Ventures (JEV), Chuah, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya memulakan operasi menyelamat mangsa, Sharul Nizwan Said, 33, sejak pukul 11 pagi tadi.

Jelasnya, operasi tersebut telah berjaya menemukan lori yang dipandu namun mangsa masih lagi belum dijumpai setakat ini.

“Pada pukul 11 pagi tadi, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) memulakan selaman setelah menilai keadaan risiko kelajuan arus laut tiga knots dengan 20 meter kedalaman air dan pencarian fasa pertama telah menemui lori di dasar laut.

“Bagaimanapun mangsa masih belum ditemukan, kami telah memperluaskan kawasan pencarian di permukaan air dalam radius 20 meter menggunakan aset bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Pelbagai agensi lain turut terlibat dalam operasi ini termasuk pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jimah Energy Ventures,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut apabila lori lima tan yang dipandunya secara mengundur terjunam dari jeti pemunggahan arang batu di JEV, Chuah dekat sini.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor dan terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat di perairan Port Dickson.

“Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah mengatur gerak bot ronda ke lokasi kejadian bagi operasi pencarian. Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga turut didirikan di kawasan kejadian bagi mengkoordinasikan operasi tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya