Lima harimau belang dikesan serang ternakan penduduk - Utusan Malaysia

Lima harimau belang dikesan serang ternakan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesan lima harimau belang yang dipercayai sering menyerang ternakan penduduk di Ladang Felda Kertih 4, Ketengah Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan (Konservasi), Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, kumpulan haiwan liar yang terdiri daripada induk dan empat anak itu dikenal pasti menerusi rakaman perangkap kamera di beberapa lokasi sering berkeliaran.

“Berdasarkan saiz berat badan yang dirakam, kita dapati anak-beranak itu dalam keadaan sihat.

“Imej harimau belang itu berjaya dirakam beberapa kali dan kita sudah mengenal pasti kawasan harimau berkenaan aktif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Ladang Felda Kertih 4, semalam.

Fakhrul Hatta berkata, Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (Sparta) dan kakitangan Perhilitan negeri ditempatkan di lokasi berkenaan bagi memperincikan jumlah sebenar harimau belang di ladang itu.

Menurutnya, ketika ini tiga perangkap dan beberapa jerat dipasang untuk memastikan haiwan liar itu dapat ditangkap.

“Walaupun jerat agak berisiko, tetapi terpaksa digunakan dan kita sentiasa membuat pemantauan serta rondaan secara kerap termasuk menggunakan khidmat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengelak berlaku sebarang kecederaan pada harimau,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya