Lil Baby ditahan polis Perancis angkara dadah - Utusan Malaysia

Lil Baby ditahan polis Perancis angkara dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pihak berkuasa Perancis menahan penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS) Lil Baby yang didakwa terkait jenayah penyeludupan dadah ke negara itu.

Abc News melaporkan, Lil Baby atau nama sebenarnya Dominique Jones, 26, ditahan ketika berada di negara itu untuk menghadiri satu pertunjukan fesyen.

Selain Jones, pihak berkuasa Perancis turut bertindak memeriksa bintang NBA, James Harden namun tidak menahan anggota pasukan Brooklyn Nets itu.

Pada masa yang sama, seorang individu yang terkait dengan jenayah sama turut ditahan. Namun identiti individu tersebut dirahsiakan memandangkan siasatan masih lagi dijalankan.

Dalam pada itu, Nbc News melaporkan rakaman yang memaparkan Harden dan seorang lelaki berkulit hitam diserbu sekumpulan anggota polis Perancis tular di media sosial.

Dalam video pendek itu, Harden dirakam mengatakan sesuatu kepada seseorang yang tidak kelihatan dalam video tersebut.

“Semua ok. Saya tidak faham,” katanya.

Berita penahanan kedua-dua selebriti ternama AS itu terlebih dahulu dilaporkan akhbar tempatan, Le Perisien sebelum disahkan semula Nbc News.

Menurut laporan itu, Jones dan Harden merupakan antara sekumpulan individu yang ditahan pihak berkuasa sekitar 4.50 petang waktu tempatan selepas polis mengesan dadah jenis ganja di dalam kereta dinaiki kedua-dua selebriti berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya