Lesen kilang punca pencemaran sungai akan digantung - Utusan Malaysia

Lesen kilang punca pencemaran sungai akan digantung

KEADAAN sungai di Ulu Keratong, Daerah Rompin, Pahang yang tercemar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air akan bertindak menggantung lesen kilang yang menjadi punca kepada pencemaran sungai di Ulu Keratong, Daerah Rompin, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu juga telah mengenakan arahan penahanan kelengkapan operasi di kilang yang berkenaan.

“Tiada sebarang aktiviti dibenarkan dan pihak kilang itu perlu dapat pengesahan kelulusan JAS Pahang terlebih dahulu sebelum dibuka semula,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau merujuk insiden benteng kolam pengolahan efluen kilang itu yang pecah pada Selasa minggu lalu dan turut menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Keratong terpaksa dihenti tugas.

Kes itu mengakibatkan gangguan bekalan tidak berjadual kepada 50,000 akaun pengguna Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan dijangka pulih secara berperingkat mulai Ahad ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, susulan kejadian itu, notis arahan dikeluarkan kepada pihak kilang untuk menjalankan kerja penyelenggaraan semua kolam pengolahannya.

“Mereka juga perlu melaporkan segala tindakan yang sudah diambil untuk menyelesaikan isu tersebut segera di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya