Lepasan SPM boleh semak kemasukan lanjut pengajian mulai esok  - Utusan Malaysia

Lepasan SPM boleh semak kemasukan lanjut pengajian mulai esok 

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :  Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2021/2022, mulai esok.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, semakan keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai pukul 12 tengah hari esok.

Menurutnya, semakan boleh dibuat menerusi pautan, https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 Julai hingga 26 Julai ini di laman web IPTA dan ILKA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 17 Julai ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh  mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my.

Jelasnya lagi, permohonan rayuan boleh dibuat dalam tempoh 11 hari mulai esok sehingga 26 Julai depan.

“Manakala, rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 03-8870 6765/ 6769/ 6121/ 6829/ 6751/ 6774 atau emel ke [email protected] atau laman sosial Facebook, KEMASUKAN BPKP JPT atau Instagram, @KEMASUKANBkpa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN