"Lepas habis PKPD ini, rumah runtuh agaknya" - Awal Ashaari - Utusan Malaysia

“Lepas habis PKPD ini, rumah runtuh agaknya” – Awal Ashaari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari bengang apabila terpaksa menanggung kerosakan dalaman rumah ekoran proses pengubahsuaian yang ditangguhkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Awal menerusi Instastory yang dimuat naik semalam, meluahkan rasa kesal apabila kerosakan yang berlaku bukan kecil, malah melibatkan bahagian-bahagian penting di dalam rumah berkenaan.

“Hari ni cermin tercabut, hari tu cornish jatuh, kayu-kayu semua dah merekah. Lepas habis PKPD ini rumah runtuh agaknya,” tulisnya.

Dalam Instastory yang sama, Awal juga menjelaskan banyak kerosakan berlaku sekiranya proses pengubahsuaian tergendala lama.

“Panas sejuk panas…lembap, tidak ada orang duduk. Pintu kabinet semua sudah membengkok sebab lama terbiar.

“Siapa yang kena tanggung semua ni? Owner jugak,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya