Lelaki maut tersepit kemalangan dua kereta  - Utusan Malaysia

Lelaki maut tersepit kemalangan dua kereta 

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Kampar-Ipoh dekat Kampung Jeram di Gopeng hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Seorang lelaki warga emas maut setelah kereta Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Jalan Kampar-Ipoh, dekat Kampung Jeram di sini, hari ini.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Perodua Myvi, Abd. Rane Saed, 69, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat nahas itu diterima pada pukul 10.38 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah Proton Persona.

“Pemandu Perodua Myvi didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan kerja-kerja menyelamat segera dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

“Anggota menggunakan peralatan ‘rescue tools’ untuk mengeluarkan mangsa namun dia yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital,” katanya.

Menurutnya, dalam nahas tersebut, isteri mangsa dan seorang lelaki yang memandu Proton Persona turut cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.25 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya