Lelaki ditemukan mati tergantung di flat - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati tergantung di flat

WAN AZHARUDDIN WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di kediamannya di sebuah flat di Bidor, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.22 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, lelaki berusia 39 tahun itu telah diturunkan oleh jiran setelah dimaklumkan isteri mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan sejurus selepas kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan di bawah laporan mati mengejut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN