Laungan ‘lawan’ bergema berhampiran Dataran Merdeka - Utusan Malaysia

Laungan ‘lawan’ bergema berhampiran Dataran Merdeka

Sekumpulan peserta berpakaian hitam sedang berarak ketika protes #LAWAN di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laungan ‘lawan’ bergema di seluruh Jalan Tun Perak, berhampiran dengan Dataran Merdeka hari ini.

Ia dilaungkan oleh peserta protes yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.

PESERTA berpakaian hitam sedang berarak ketika protes #LAWAN di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Mereka mula berkumpul sejak 10 pagi tadi di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, dengan berpakaian serba hitam.

Sebaik sahaja pukul 11 pagi, mereka mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

PESERTRA protes #LAWAN berehat di bawah laluan LRT di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Pelbagai perkataan yang dilaungkan seperti ‘Hidup Rakyat’, ‘Bangkit Anak Muda dan ‘Kerajaan Gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan.

Polis sudah pun menutup kesemua jalan menghala ke Dataran Merdeka, menyebabkan ramai peserta protes meletakkan kenderaan di lokasi yang jauh dan menaiki LRT.

Di samping itu, polis meminta para peserta supaya memberi kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga penjarakan fizikal.

Ini adalah protes terbesar di ibu kota sejak negara dilanda pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya