Larangan rentas negeri guna surat MITI bermula hari ini hingga Rabu - Utusan Malaysia

Larangan rentas negeri guna surat MITI bermula hari ini hingga Rabu

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dilarang merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini hingga Rabu depan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan ini diambil bagi mengelakkan orang ramai menyalahgunakan surat tersebut bagi merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Katanya, ini susulan terdapat peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya sejak dua hari lalu.

“Semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri telah diarahkan meningkatkan penguatkuasaan serta tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah.

“Larangan ini bermula pada 18 (Ahad) hingga 21 Julai (Rabu) ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, bagaimanapun larangan itu tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Jelasnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan itu akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya