Lapan kluster baharu dalam tempoh dua minggu gara-gara rentas negeri - Utusan Malaysia

Lapan kluster baharu dalam tempoh dua minggu gara-gara rentas negeri

KETUA Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Padang Midin, Terengganu. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak lapan kluster baharu Covid-19 dikesan di Terengganu dalam tempoh hanya dua minggu gara-gara aktiviti rentas negeri.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, keadaan itu sekali gus meleburkan rekod baik Terengganu yang berjaya mengekalkan angka harian dua digit selama tiga minggu berturut-turut.

Katanya, sikap masyarakat yang masih berterusan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dibimbangi akan menyebabkan kes Covid-19 terus meningkat pada sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Sejarah Aidilfitri membuktikan aktiviti berhimpun masih berlaku tetapi dibuat secara senyap-senyap sesama anak-beranak supaya orang tidak tahu namun terbongkar apabila ada yang dijangkiti.

“Kenapa kalian tidak boleh tangguh dahulu (rentas negeri) ketika varian baharu Delta sudah dikesan di seluruh negara termasuk Terengganu kerana kekuatan jangkitannya sangat luar biasa,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Nor Azimi berkata, masyarakat tidak perlu menuding jari menyalahkan sesiapa jika masih ada segelintir yang berkeras untuk merentas negeri bagi menyambut raya hingga menjadi punca kepada kewujudan kluster baharu.

Terdahulu katanya, daripada lapan kluster yang dikesan itu antaranya berpunca akibat penganjuran majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut hingga menyebabkan ramai pelajar tahfiz dan beberapa ustaz yang diundang positif Covid-19.

Semalam, Terengganu mencatatkan 177 kes baharu Covid-19 di samping dua kematian sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan maut adalah 87 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya