MEKAH: Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Masjidilharam di sini hari ini seterusnya menunaikan Tawaf al-Qudum (tawaf pembuka atau selamat datang).
Saudi Gazette melaporkan, Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci meningkatkan segala kemampuan untuk menerima kehadiran jemaah dengan pelaksanaan langkah pencegahan Covid-19.
Pengarah Jabatan Pengurusan Orang Ramai, Osama al-Hujaili berkata, lebih 500 petugas diletakkan dalam keadaan siap siaga ketika menyambut ketibaan jemaah di tiga pusat berkumpul.
Arab Saudi hanya membenarkan 60,000 jemaah menunaikan haji tahun ini, melibatkan penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara ini.